Monday, July 21, 2008

Sibukkah?




Sedang membaca:

1. Warisnya Kalbu- Sri Rahayu Mohd Yusop
2. Tawarikh Cinta- Nisah Haron
(Kedua-duanya pemenang anugerah Utusan 2007)
3. Risalah untuk kaum muslimin- Syed Muhammad Naquib Al-Attas
4. Sang Pemimpi- Andrea Hirata

Sudah hadam bulan ini:

1. Laskar Pelangi- Andrea Hirata
2. Dari Beirut ke Jerusalem- Ang Swee Chai
3. Odisi Tanah Kencana- Sri Rahayu Mohd Yusop

Jika saudara ringan sahaja mulut untuk mengatakan bahawa Bahasa Melayu Tinggi itu tidak mempersona, kaku dan tidak dapat menterjemah realiti, maka saudara patut mencuba Sri Rahayu Mohd Yusop. Saya jatuh cinta sejak Bukan Legasi Lalang dan Merdekakan Cinta Ratna lagi. Odisi Tanah Kencana sedikit sofistikated dan kurang indah bagi saya, namun tulisan Sri Rahayu masih begitu membuai.

Saya ini begitu payah menaip dua tiga purnama ini, maka saya enggan menjanjikan apa-apa ulasan buku. Cuma, ada wang lebih, saudara patut benar membeli buku Dr Ang dan koleksi tetralogi Andrea. Saya menangis berkali-kali dibuat Dr Ang dan pemandangan air mata meleleh (dalam lrt, di hentian bas) itu berkali-kali mendatangkan pandangan aneh daripada orang sekeliling.

Ya, saya ini memang mudah benar mengalir air mata :) Apapun buku itu adalah rakaman realiti Palestin yang amat kuat, saudara cuma boleh menangis dan marah atau sama sekali beranggapan Dr Ang itu penipu (jika saudara cenderung zionis).

Jemput lawat www.paddlerz.org. Sukan air adalah belahan jiwa saya yang satu lagi, yang begitu banyak memakan masa dan tenaga saya. Malam ini laman tersebut tidak dapat dilayari, buat saya hampir-hampir mengalir air mata lagi :)

Ha ha ha. Gurau saja, tidaklah sampai begitu sekali ;)